商品资料:
Description
内容简介
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan - Masakan Laut 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan 12 Sup Pekat Beraneka 14 Kari Jepun 16 Tauhu Bunga 18 Udang Koktel 20 Sotong Budu 22 Sup Sirip 24 Kekapis Masak Hijau 26 Singgang Lala 28 Masak Lemak Kepah dengan Keledek 30 Udang Serai 32 Sup Ketam 34 Kekapis Sos Lemon 36 Udang Nestum 38 Tempura Sotong 40 Ketam Bertaucu 42 Kupang Tiga Rasa 44 Sup Pedas 46 Sambal Goreng Kerang 48 Udang Berempah 50 Rendang Cili Padi Kupang 52 Kerang Selera 54 Teriyaki Abalon 56 Sotong Gril 58 Udang Goreng Tepung 60 Pankek Korea "