商品资料:
Description
内容简介
Buku resipi Senangnya Memasak Kuih Kukus ini menghidangkan 23 resipi kuih kukus dan 7 resipi baru. Ia disertakan dengan gambar langkah demi langkah yang mudah dan praktikal. Resipi-resipi ini disediakan oleh Chef Hanieliza yang berpengalaman luas dalam bidang masakan. Hidangan yang disajikan bukan sahaja lazat, malah mudah dan cepat disediakan.
Chef Hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet. Chef Hanieliza sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh. Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.
目录
7 Resipi Baru Apam Mekar Apam Pisang Apam Seri Ayu Kuih Nagasari Kuih Lapis Jagung Kuih Lompang Pandan Kuih Talam Pisang Resipi Sedia Ada Badak Berendam Kaswi Pandan Kek Coklat Kukus Kek Lapis Warna Warni Kek Mocha Kukus Kuih Lopes Kuih Talam Cendol Kuih Talam Gula Merah Kuih Talam Jagung Kuih Talam Kacang Hijau Kuih Talam Merah Lompang Lompat Tikam Mufin Coklat Kukus Mufin Jagung Kukus Pulut Durian Pulut Inti Durian Seri Muka Durian Seri Muka Jagung Seri Muka Warna Warni Seri Muka