商品资料:
Description
内容简介
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Dim Sum 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan 12 Har Gau 14 Shumai 16 Pulut Berayam 18 Kek Lobak Putih 20 Bebola Daging Taiwan 22 Pau Sayur-sayuran 24 Siew Pau Ayam 26 Ban Kambing Bakar 28 Paf Keladi 30 Tat Telur 32 Udang Berkucai Potsticker 34 Bebola Nasi dan Shiitake 36 Dragon Prawn 38 Pau Kacang Merah 40 Wantan Bersos Minyak Cili 42 Daging Bersos Kacang Hitam dengan Bawang Putih 44 Wantan Goreng Berisi Itik 46 Brais Kaki Ayam 48 Pankek Rangup 50 Bebola Bijan 52 Ma Lai Koh 54 Pau Kastard 56 Mi Beras Gulung 58 Telur Gulung 60 Tauhu Gulung Berinti Sayur "