商品资料:
Description
内容简介
Eksklusif @ Popular
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Biskut 8 Ramuan yang Digunakan 12 Biskut Bintang 14 Biskut Kastard 16 Biskut Bijan 18 Biskut Coklat 20 Biskut Kopi 22 Biskut Nutella Mentega Kacang 24 Biskut Bunga 26 Biskut Ceri Cip Coklat 28 Semperit Susu 30 Biskut Nutella 32 Biskut Cahaya Bulan 34 Biskut Mentega Kacang 36 Biskut Meka 38 Tat Nanas 40 Biskut Nestum 42 Biskut Hazel Berempah 44 Biskut Badam Bercili 46 Biskut Keju 48 Biskut Kerisik Pedas 50 Tat Nutella 52 Biskut Arab 54 Bangkit Susu 56 Biskut Bertih Beras 58 Biskut Cornflakes 60 Drop Cookie "