商品资料:
Description
内容简介
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Masakan Thai 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan 12 Kerabu Betik Muda (Som Tam) 14 Kerabu Rebung (Soop Naw Mai) 16 Kerabu Mangga 18 Kerabu Timun 20 Ikan Masak Mangga 22 Siakap Bergaram 24 Ikan Tiga Rasa 26 Begedil Ikan Thai(Tod Mun Pla) 28 Siakap Kukus 30 Kari Hijau Udang Galah 32 Terung Daun Selasih 34 Kari Merah 36 Ayam Padprik 38 Daging Gril Pedas (Nam Tok) 40 Kuetiau Goreng Thai (Pad Thai) 42 Nasi Goreng Pattaya 44 Nasi Goreng Thai 46 Sup Ekor 48 Tomyam Cendawan 50 Pulut Mangga 52 Kuih Buah Mini Thai (Kanom Luk Chup) 54 Bubur Delima 56 Kuih Tako 58 Bebola Pulut Santan (Bua Loy) 60 Serikaya Labu "