商品资料:
Description
内容简介
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan - Mee, Bihun, Kueh Tiow 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan 12 Bihun Goreng 14 Mee Telur Bersosej 16 Mee Hokkien 18 Mee Hailam 20 Mee Cepat 22 Kueh Tiow Penang 24 Sup Udon 26 Yee Mee 28 Kueh Tiow Mudah 30 Makaroni Keju 32 Mee Goreng 34 Hor Fun 36 Fettucine Aroma 38 Spageti Bolognese 40 Pasta Sos Santan 42 Bihun Taucu 44 Laksa Penang 46 Soto Ayam 48 Bihun Sup Senang 50 Mee Hong Kong 52 Mee Siam 54 Mee Bandung 56 Bihun Singapura 58 Mee Rebus 60 Mee Kari "