商品资料:
Description
内容简介
Hanya boleh didapati di Popular!
Dilahirkan di Bentong, Pahang pada 10 Mei 1962. Menerima pendidikan rendah di Assunta Convent dan MGS Kuantan, Pahang. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology, South Humberside dan Cardiff Tutorial College, Wales, United Kingdom (1980-1983). Menjadi guru di Perlis selama dua tahun. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel. Merupakan Adjunct Lecturer di Management & Science University, Shah Alam. Telah menulis 87 buku dalam pelbagai genre. Antaranya 43 buah buku masakan terbitan tempatan dan antarabangsa. Hasil sastera yang lain termasuklah novel untuk remaja dan dewasa, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table, majalah dan report korporat. Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej, university atau media massa. Pernah muncul dalam pelbagai program TV dan radio. Baru-baru ini menjadi co-host “Bake & Sell”, sebuah rancangan realiti TV. Juga merupakan Chef Consultant di Mamanda, sebuah restoran fine-dining di Singapura. Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia, Kuala Lumpur. Juga pernah aktif sebagai editor dalam Persatuan Sejarah Malaysia dan adalah Ahli Chefs Association of Malaysia. Menjadi kolumnis Jelita (1992-2007), Kosmo (2006-09), Rasa (2008-10), Sinar Harian (2011-12) dan Berita Harian Singapura (2009-12). Buku-buku masakannya dicalonkan untuk Gourmand World Media Awards (2004 & 2005), Penulis Prolifik Alaf 21 (2005 & 2007), “20 Most Prolific Women Writers of Malaysia” (MPH, 2006) dan “50 Most Outstanding Authors of Malaysia” sempena Hari Kemerdekaan Malaysia (2007).
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan - Sambal 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan dalam Masakan 12 Sambal Belacan 14 Sambal Tempoyak 16 Sambal Belimbing 18 Sambal Limau 20 Sambal Kicap 22 Sambal Mudah 24 Sambal Telur Hancur 26 Sambal Cili Hijau 28 Sambal Oelek 30 Sambal Goreng 32 Sambal Sardin 34 Sambal Keli Cili Hijau 36 Sambal Telur Rebus 38 Sambal Sotong 40 Sambal Kacang Bilis 42 Sambal Bilis Petai 44 Sambal Udang Belimbing 46 Sambal Kentang 48 Sambal Manado 50 Sambal Air Asam 52 Sambal Cicah 54 Sambal Tomato Goreng 56 Sambal Cincalok 58 Sambal Serai 60 Sambal Tumis Nasi Lemak "