商品资料:
Description
内容简介
Encik Pengacau itu geleran untuk Razlan, seorang pemuda kaya yang hidup dalam dunia gelapnya sendiri, suka bercakap kasar, dingin dan sukar diramal sikapnya. Yang memberi gelaran itu, Amalina, seorang gadis tomboy yang selamba dan lurus. Sejak kali pertama, memang jiwa Amalina jadi kacau sungguh! Layana Razlan yang sekejap okey kemudian tidak okey buat Amalina jadi tidak faham. Makin serabut bila Razlan bila Razlan beria-ia hendak jauhkan diri dari Tommy Edward. "Boleh tak dalam sehari Encik Razlan tak sakit hati dengan Tom? Apa salah dia dengan Encik Razlan? Saya tak fahamlah."- Amalina. "Aku tak nak kau kawan lagi dengan dia. Dia tu pembawa malang!" - Razlan. Dalam asyik bertengkar, tanpa sedar hadir satu perasaan antara keduanya. Amalina jatuh hati dengan Encik Pengacau. Encik Pengacau pula sudah mula sayangkan Amalina. Tetapi kenapa pula Cik Najwa yang dipilih sebagai bakal isteri? Tetapi, kalau hati dah sayang, mana mungkin hendak dihalang halang. Razlan akhirna akur dengan kata hati. Namun, baru sahaja bahagia mula hadir dalam hidup mereka, sebuah tragedi meragut semuanya. Razlan pergi menjauh. Jiwa Amalina kembali kacau. Berjayakah Amalina dan Encik Pengacaunya bersatu? Atau Razlan akan kembali semula kedalam dunia gelap ciptaannya dulu.