商品资料:
Description
内容简介
Cinta pandang pertama ketika usia remaja membuatkan Anis Sofea terlupa tanggungjawabnya sebagai anak dan khilaf. Bagi Anis, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk lelaki itu termasuklah menipu ibunya untuk keluar bersama si dia. Sehinggalah satu peristiwa hitam telah terjadi menjadi punca dia kehilangan orang yang tersayang. Anis Sofea nekad meninggalkan si dia yang dikatakan seorang playboy itu. Tujuh tahun berlalu, Anis Sofea yang polos dan naif menjadi seorang yang berbeza. Dia menjadi seorang yang lebih berdikari, tegas, mengutamakan keluarga dan paling penting tidak mudah jatuh cinta. Tiada siapa sangka takdir Ilahi menemukan semula Anis dan si DIA dalam situasi yang tidak terjangka. Fendi, si majikan yang tampan dan playboy, muncul dengan versi yang berbeza. Cuma satu yang sama, misinya untuk mendapatkan semula cinta Anis Sofea kembali. Melepaskan Anis Sofea dahulu adalah satu kesilapan yang ingin ditebus semula. ”Saya Anis Sofea binti Yusuf. Selamat datang Encik Fendi.” ”Lebih cantik dari dulu.” Bisik Fendi di dalam hati. ”Maaf Encik Fendi. Saya betul-betul tak sengaja. Lain kali saya akan lebih berhati-hati” ”It’s okey, Anis. I pun tak pernah rasa lagi kena langgar macam tadi. Kalau boleh lepas ni I nak kena langgar lagi. Cuma kali ni terlanggar dari depan pulak.”