商品资料:
Description
内容简介
BoBoiboy dikunjungi oleh pengusa asal Kuasa Elemental Beliung iaitu Kuputeri, yang meminta supaya kuasanya dikembalikan semula untuk meredakan kemelut yang melanda di Planet Windara. Sebelum membuat keputusan, BoBoiboy dan rakan - rakan dibawa ke planet tersebut untuk melihat sendiri kekejaman Maharaja Reramos dan bala tentera Kelkatoanya. Namun, rancangan mereka terkandas di tengah jalan, apabila Kuputeri ditangkap oleh Jeneral Berlima yang telah menghidu segala pergerakkan mereka. BoBoiboy dan Fang juga telah terpisah daripada rakan - rakan yang lain, yang menyebabkan mereka terkandas di permukaan planet yang asing. Nasib Eindara kini terletak di tangan Boboiboy. Wira dari Bumi ini perlu membuktikan sama ada dia layak untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengusaha Tujuh Elemental dan juga penyelamat Galaksi.