商品资料:
Description
内容简介
Sinopsis : Sesiapa juga mampu memasak. Namun yang membezakan keenakan sesuatu masakan ialah teknik memasak itu sendiri, yang biasanya kita gelarkan sebagai 'air tangan masakan'. Walau berbeza sekalipun segenggam garam pada setiap orang, 101 Resipi dari Azie Kitchen Oleh Haziah Jaya, pemilik blog Azie Kitchen akan mendekatkan perbezaan tersebut. Resipi dalam buku masakan ini mampu diikuti oleh sesiapa sahaja, bukan sekadar menambah minat malahan meningkatkan keyakinan anak muda untuk memahami, mendalami dan menambah baik teknik masakan mereka. Buku masakan ini menghimpunkan teknik masakan beliau, seperti Kuih Lompat Tikam, resipi warisan daripada bonda kesayangannya, Rendang Pedas Ayam Versi Bonda Mertua yang sangat enak dan unik dengan penggunaan kelapa goreng, Kuah Kacang Ayam yang telah digunakan oleh beliau lebih daripada 30 tahun lamanya resipi Ayam Percik kegemaran anak-anak beliau. Resipi-resipi tersebut kini dibukukan supaya mampu kekal lebih lama untuk diamalkan oleh peminat-peminat blog Azie Kitchen. Resipi-Resipi yang disajikan dalam 101 Resipi dari Azie Kitchen adalah pengalaman masakan beliau, yang amat mudah disediakan untuk santapan keluarga. Seiring dengan peredaran zaman yang serba pantas ini, kaum ibu terutamanya perlu menguruskan keperluan anak dan keluarga terlebih dahulu , bukannya untuk di dapur semata-mata. Sebagai wanita yang juga berkerjaya, beliau memahami citra tersebut dan secara khusus menyusun resipi yang bukan hanya ringkas dan pantas tetapi tetap memberikan kualiti citarasa yang tinggi untuk menambah seri kegembiraan dalam keluarga.
BIODATA: Haziah Jaya bekerja di Bank Negara Malaysia, dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dari Universiti Malaya. Beliau memulakan blog Azie Kitchen pada tahun 2011. Menggunakan nama panggilan sebenar iaitu Azie, blog ini adalah hasil dari minat untuk berkongsi citra resipi ramuan terbaik masakan kepada para pengunjungnya. Beliau berminat mengumpul resipi masakan enak sejak dari alam persekolahan. Ilham resipi masakan ini bersumber daripada resipi keluarga dan juga yang disumbangkan secara eksklusif daripada rakan-rakan. Blog Azie Kitchen pada mulanya merupakan platform perkongsian resipi masakan enak tradisional kegemaran keluarga sendiri yang diolah dari sudut resipi moden. Namun, beliau banyak menyelitkan kisah kehidupan sebenar keluarga baik ketika santai menikmati masa berkualiti bersama keluarga mahupun perkongsian cerita ketika percutian bersama keluarga di dalam dan luar negara. Pada masa kini, blog Azie Kitchen merupakan Blogger Masakan No.1 di Malaysia berdasarkan “page view”melebihi 210 juta telah menerima lebih 100 ribu pengunjung setiap hari dan ianya biasa berganda sehingga tiga kali terutamanya ketika musim perayaan.
文章试读
Kandungan 6 Prakata 8 Biodata 10 Rempah yang Biasa Digunakan Daging 12 Daging Beriani Johor 14 Kerutuk Daging 16 Daging Tetel Masak Lada Hitam 18 Daging Masak Kurma 20 Rendang Daging Berempah 22 Paru Goreng Berlado 24 Sup Tulang 26 Hati Masak Kicap Ayam 28 Kuah Kacang Ayam Istimewa 30 Ayam Mentega Susu 32 Ayam Gerang Asam 34 Ayam Goreng Berempah 36 Ayam Masak Lemak Cili Padi 38 Ayam Golek Istimewa 40 Ayam Phat Phet 42 Ayam Masak Kicap Pedas dengan Kentang 44 Ayam Masak Merah 46 Rendang Pedas Ayam versi Bonda Mertua 48 Ayam Percik Azie Kitchen Makanan Laut 50 Lala Goreng Cili 52 Gulai Udang 54 Udang Masak Lemak dengan Timun Tua 56 Sotong Masak Kicap Pedas 58 Rendang Kerang dengan Kacang Buncis Ikan 60 Ikan Percik Merah versi Dalam Kuali 62 Ikan Bakar Kuala Perlis 64 Ikan Tenggiri Singgang 66 Asam Pedas Johor 68 Sup Ikan Merah 70 Ikan Siakap Masak Tiga Rasa 72 Ikan Merah Masak Lemak 74 Ikan Siakap Masak Stim ala Thai 76 Ikan Bakar Portugis 78 Gulai Ikan Tongkol 80 Ikan Cencaru Sumbat Sambal Kelapa Sayur-sayuran 82 Lontong Nur Qaseh 84 Pajeri Nanas Kelantan 86 Kerabu Pucuk Paku dengan Sotong 88 Gulai Tumis Darat Nangka dan Ikan Kurau Kering 90 Jantung Pisang Goreng Cili Padi dengan Udang 92 Kacang Panjang Goreng dengan Hati Ayam 94 Pajeri Terung 96 Pucuk Ubi Tumbuk Masak Lemak dengan Petai 98 Tauge Goreng Kicap 100 Acar Timun Rampai 102 Kerabu Mangga dengan Kerang 104 Sayur Campur Goreng Dengan Tauhu Telur 106 Kacang Botol Goreng dengan Petai dan Telur 108 Telur Itik Masak Lemak dengan Jantung Pisang 110 Kulat Sisir Goreng dengan Telur Sambal 112 Sambal Tumis Ikan Bilis 114 Sambal Ikan Bilis dengan Petai Kikis 116 Sambal Goreng Jawa 118 Sambal Ikan Bilis Kering 120 Sambal Udang Petai ala Cina 122 Sambal Tumis Telur Rebus 124 Sambal Daging Hitam Nasi 126 Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen 129 Nasi Kerabu Kelantan 132 Nasi Minyak Azie Kitchen 134 Nasi Beriani Johor 136 Nasi Dagang Kelantan 138 Pulut Kuning Kukus 140 Nasi Ayam Goreng Kunyit 142 Nasi Goreng Sardin 144 Nasi Goreng ala Cina Mi 146 Soto Ayam Azie Kitchen 148 Mi Sup Istimewa 150 Mi Goreng Sedap 152 Mi Kari Kerang Azie Kitchen 155 Laksam 158 Laksa Asam Penang 160 Mihun Hailam 162 Mihun Goreng Daun Limau Purut 164 Mihun Goreng Kicap Agar-agar dan Puding 166 Agar-agar Tembikai 168 Agar-agar Santan Gula Melaka 170 Agar-agar Kemenyan 172 Puding Buah-buahan Koktail 174 Puding Roti dengan Sos Kastard 176 Puding Batik 178 Puding Trifel Amanda 180 Puding Sagu Gula Melaka Nur Hana Medina Kek 182 Kek Coklat Lembap Nellisa Aikha 185 Kek Buah Kukus Lembap Azie Kitchen 188 Kek Lobak Merah Nana Ain 190 Kek Pisang Lembap 192 Kek Oren Gebu dan Lembap 194 Kek Mentega Lembap 196 Kek Keju Sedap Juita Amanda Kuih-muih dan Manisan 198 Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen 200 Kuih Lompat Tikam 202 Kuih Bingka Ubi Kayu Lemak Manis 204 Kuih Bakar Medina 206 Kuih Butir Nangka 208 Kuih Akok 210 Kuih Keria 212 Pisang Goreng Rangup 214 Bubur Jagung Lemak Manis 216 Sira Pisang Raja 218 Puding Sekaya Telur