商品资料:
Description
内容简介
Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama pena thebingkisanhati. Merupakan buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku ini merupakan helaian pesanan ringkas dan nasihat tentang ujian hidup. Mempunyai 40 buah tajuk dan digarap dalam bentuk pesanan ringkas, monolog serta puisi. Saat aku tak berdaya menempuh satu demi satu episod duka, cepat cepat ku pujuk hati untuk bangkit semula. Cepat cepat ku bina tembok yang kukuh untuk menjadi kebal semula. Kerana aku tahu dan percaya akan ada hikmah demi hikmah yang bakal Kau hamparkan seperti sebelum sebelum ini. Dan hikmah itulah yang selalu memberi aku pelajaran dan panduan untuk aku menuju ke jalan kebenaran.
TheBingkisanHati meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi. Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi antaranya Expectation, Don’t Be Sad dan ALLAH ITU DEKAT iaitu karya terbaharu beliau merupakan buku ketiga beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selain buku Allah Kan Ada serta Cukuplah Allah Bagiku.